




























PENGENALAN
Putrajaya atau nama penuhnya Wilayah Persekutuan Putrajaya ialah pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan Malaysia yang menggantikan Kuala Lumpur pada 1999. Putrajaya, bandar raya pintar dalam taman terletak 25 kilometer di selatan Kuala Lumpur merupakan sebuah bandaraya futuristik yang menempatkan pusat pentadbiran Kerajaan Persekutuan . Ia adalah Wilayah Persekutuan ke-3 di Malaysia selepas Kuala Lumpur dan Labuan.
Seperti yang dikatakan , Putrajaya adalah destinasi yang wajib kita lawati tambahan pula anda sebagai rakyat Malaysia, anda perlu melawati Putrajaya yang mana siniterdapatnya berbagai tempat menarik yang kita boleh lawati. Antara yang menarik pelancong untuk lawati adalah senibina bangunan kerajaan yang kita tidak dapat lihat di tempat lain.
1.TAMAN SAUJANA HIJAU
Taman Saujana Hijau Putrajaya ini terletak di Presint 11. Taman ini merupakan kawasan landskap yang berkeluasan 40 hektar yang menjadi tarikan pelancong untuk beriadah, berkhelah dan sebagainya. Waktu yang sesuai untuk datang ke sini adalah pada waktu pagi atau petang. Taman ini lebih utama kepada flora dan fauna iaitu:
- European Garden – Kawasan ini terletak di bahagian tertinggi dan menjanjikan pemandangan sekitar Putrajaya yang lebih jelas dan cantik dan membolehkan pengunjung menikmati panoramik Putrajaya sejurus tiba di lokasi ini
- Oriental Garden – Menempatkan sebuah pavilion berkonsepkan tradisional buatan negara Cina dan mempunyai banyak tumbuhan tropika.Reka bentuk pintu gerbang, dataran serta seni ukir juga terdapat di lokasi.
- English Garden – Mempunyai sebuah gazebo yang dikelilingi oleh pokok bunga yang berwarna-warni. Suasananya seolah-olah berada di England namun yang membezakannya ialah keadaan cuaca.














2.TAMAN BOTANI
Taman Botani Putrajaya merupakan sebuah taman botani buatan manusia yang menempatkan ribuan spesies tumbuhan dalam dan luar negara.Taman ini terletak di Presint 1 berdekatan dengan bulatan terbesar di Asia. Keunikan taman ini telah diakui dunia apabila diiktiraf sebagai salah satu daripada empat puluh buah tama. yang tercantik di Asia.Taman ini menempatkan 13 taman tema dan mempunyai lebih 700 jenis tumbuhan daripada pelbagai benua di dunia.Taman ini terbahagi kepada 3 bahagian dan kita boleh menyewa basikal disini atau menaiki tram untuk mengelilingi taman ini.
Pokok yang ditanam juga disertakan dengan informasi saintifik bagi memudahkan pengunjung mengenali asal usul pokok dan tumbuhan. Antara yang menjadi tarikan pelancong ialah di “Floral Garden” dimana tempat ini mempunyai pelbagai jenis bunga-bungaan dari seluruh pelusuk dunia.
Dengan adanya taman ini pastinya akan memberi input baharu kepada pengunjung tentang kelebihan herba tempatan.Khasiat tumbuhan disini telah diguna pakai semenjak zaman azali lagi sebelum wujudnya perubatan moden untuk merawat pelbagai penyakit yang belum dikenali oleh masyarakat setempat. Taman Botani Putrajaya ini juga merupakan satu tempat menarik di Putrajaya yang sesuai untuk bersantai bersama keluarga sambil melihat keindahan pokok-pokok bunga secara lebih dekat lagi.














3.TAMAN CABARAN
Taman Cabaran Putrajaya yang berkeluasan 30 hektar di Presint 5. Taman ini sesuai untuk warga tempatan yang minat dengan aktiviti lasak.Taman Cabaran Putrajaya menawarkan kepada pengunjung untuk menguji kebolehan diri dengan memanjat Wall Climb dan Skate Park.Bayaran serendah RM6 seorang bagi dewasa manakala RM3 untuk kanak-kanak.







.

4.TAMAN PUTRA PERDANA
Taman Putra Perdana terletak di Presint 1 iaitu di atas bukit roundabout terbesar di Asia . Taman ini juga berdekatan dengan Hotel Shangri-La. Kebiasaannya disini kita dapat berjoging , bersiar-siar dan berkelah.Selain itu, kita juga dapat melihat panorama cantik Putrajaya.Di Putrajaya, selalunya di taman rekriasi, mereka menanam pelbagai jenis bunga dan tumbuhan. Kita juga boleh membawa anak-anak untuk bermain taman permainan disini sekaligus dapat kesihatan yang baik. Masa yang sesuai datang disini samada pagi atau petang. Bayaran adalah percuma. Disini juga terdapat Tanda Mercu yang dirasmi oleh Perdana Menteri ke-4 dan Ke-7 iaitu Dato Seri Tun Mahathir Mohamad sempena Majlis Pelancaran Putrajaya pada 29 Ogos 1995.Berdekatan Tanda Mercu ini juga mempuyai teropong yang dapat melihat bangunan-bangunan yang jauh.

Tandas Awam yang disediakan di taman tersebut.
Taman Permainan Kanak-Kanak
Teropong




